Legal

Refund, Transfer & Cancellation Policy

Last updated: 13 August 2026 · Baca dalam Bahasa Malaysia ↓

This policy applies when you pay for a place on an Evergreen Talents Academy programme — the Beginner Program, the Mastery Course, a portfolio shoot, or any other paid training or production we invoice you for. Evergreen Talents is operated by EMA19 Holdings Sdn. Bhd. (Registration No. 202401039598 / 1585445-P) ("Evergreen Talents", "we", "us", "our").

Open castings are free to attend and are covered separately by our Open Casting Participation Terms. Our general Terms of Use and Privacy Policy also apply.

The short version

You have 7 days after paying to change your mind and get a full refund, as long as your programme hasn't started yet. After that, fees are non-refundable — but if something comes up, we'll move you to a later intake, and if you still can't make it the money stays yours as a 12-month credit. If we cancel and can't offer you a date that works, you get a full refund.

1. Your 7-day change-of-mind period

If you change your mind within 7 days of making a payment, tell us and we will refund that payment in full. You do not need to give us a reason.

This period ends early if, before the 7 days are up, any of the following happens:

  • your programme has started, or you have attended any session;
  • we have released programme materials to you, or given you access to download them;
  • your portfolio shoot or photography session has taken place.

Once any of those has happened, the change-of-mind period no longer applies and section 2 does instead.

We refund to the account or card you paid from, within 14 business days of confirming it. Any bank or payment-processor charges are outside our control.

2. After the 7 days, fees are non-refundable

Once your change-of-mind period has passed, all registration fees, deposits, instalments and programme fees are non-refundable. This applies whether you later change your mind, become unavailable, or are unable to attend the intake you booked — including for reasons of work, study, travel or personal circumstances.

That is the general rule. Sections 3 to 6 set out what we do instead, and sections 7 and 8 set out the situations where you do get your money back.

3. Moving to a later intake

If you can't attend the intake you registered for, tell us as early as you can and we will do our best to move you to a later one. Where possible, please tell us at least 7 days before your intake starts — the earlier you tell us, the better the chance we can hold your place and offer the freed seat to someone on the waiting list.

A transfer depends on space being available in the intake you want, so it isn't automatic. We offer one transfer as standard.

4. If you can't attend the intake you transferred to

If you have already used your transfer and still can't attend, your place in that intake is released and the amount you paid becomes a credit valid for 12 months from the date of your original payment.

You can put that credit towards any Evergreen Talents programme — the same one at a later date, or a different one. The credit can't be taken as cash and can't be extended past 12 months, but for that year the money stays yours.

5. If you don't turn up

If you don't attend and haven't told us beforehand, your place is released and section 4 applies — the amount you paid becomes a 12-month credit. We can't guarantee a further transfer, because an unused seat on a small intake is a seat someone else could have had.

6. Portfolio, photography and materials already produced

Where you have paid for portfolio production, photography, video, comp cards, casting materials or similar, and that work has already been carried out or delivered to you, it is non-refundable — the work has been done and the cost has been incurred.

If a refund or credit is due to you and some of these have already been produced, we will deduct their cost and tell you clearly what has been deducted and why. The same applies to any third-party cost we have already paid on your behalf.

7. If we cancel or reschedule

If we have to cancel or move an intake, we will tell you as soon as we can and offer you a place in the next available intake, or another date that suits you.

If none of the alternatives we offer works for you, you can ask for a full refund of what you have paid, and we will give it. You do not have to accept a date that doesn't suit you.

8. If we're unable to offer you a place

If you have paid and we then decide we can't offer you a place on the programme, we will refund you in full. You are never out of pocket because of a decision we made.

9. Deposits and instalments

Where you pay by deposit or in instalments, each payment is treated the same way as a single payment under this policy, and your 7-day change-of-mind period runs from the date of each payment.

Paying a deposit secures your place. If you decide not to continue after your change-of-mind period has passed, that deposit is non-refundable — but sections 3 to 5 still apply to it, so it can be transferred or become a credit.

If you stop after a first instalment, you are not required to pay the remaining instalments, but you cannot take part in the programme until the fee is paid in full.

10. How to ask for a transfer, credit or refund

Message us on WhatsApp at 011-6117 3226 or email [email protected]. Tell us your full name, the programme and intake you booked, and what you would like to do. We will confirm the outcome to you in writing.

We aim to reply within 2 business days and to confirm the outcome within 5 business days.

11. Exceptional circumstances

Life happens. If something serious has come up — illness, a bereavement, a family emergency — talk to us. We look at these case by case, and we have discretion to do more than this policy requires. Doing so in one case doesn't oblige us to do the same in another.

12. Your rights

Nothing in this policy takes away any right you have under Malaysian law, including under the Consumer Protection Act 1999. Where this policy and the law disagree, the law applies.

13. Changes to this policy

We may update this policy from time to time. The version that applies to you is the one published on this page on the day you paid, and the date at the top of this page tells you when it last changed.

14. Governing law

This policy is governed by the laws of Malaysia, and any dispute relating to it is subject to the jurisdiction of the Malaysian courts.

15. Contact us

For any question about this policy, contact us at [email protected] or on WhatsApp at 011-6117 3226. Our registered address is W105, West Wing, Metropolitan Square, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.


Bahasa Malaysia

Polisi Bayaran Balik, Pemindahan & Pembatalan

Dikemas kini: 13 Ogos 2026

Polisi ini terpakai apabila anda membuat pembayaran untuk tempat dalam program Evergreen Talents Academy — Beginner Program, Mastery Course, sesi portfolio, atau mana-mana latihan atau penerbitan berbayar yang kami invois kepada anda. Evergreen Talents dikendalikan oleh EMA19 Holdings Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 202401039598 / 1585445-P).

Open casting adalah percuma dan tertakluk kepada Terma Penyertaan Open Casting yang berasingan. Terma Penggunaan dan Dasar Privasi kami juga terpakai.

Ringkasnya

Anda ada 7 hari selepas membayar untuk menukar fikiran dan mendapat bayaran balik penuh, selagi program anda belum bermula. Selepas itu, yuran tidak dikembalikan — tetapi jika ada sesuatu berlaku, kami akan pindahkan anda ke intake kemudian, dan jika anda masih tidak dapat hadir, wang itu kekal milik anda sebagai kredit selama 12 bulan. Jika kami yang membatalkan dan tiada tarikh yang sesuai untuk anda, anda mendapat bayaran balik penuh.

1. Tempoh menukar fikiran selama 7 hari

Jika anda menukar fikiran dalam masa 7 hari selepas membuat pembayaran, beritahu kami dan kami akan kembalikan bayaran itu sepenuhnya. Anda tidak perlu memberi sebarang sebab.

Tempoh ini tamat lebih awal jika, sebelum cukup 7 hari, mana-mana perkara berikut berlaku:

  • program anda telah bermula, atau anda telah menghadiri mana-mana sesi;
  • kami telah menyerahkan bahan program kepada anda, atau memberi anda akses untuk memuat turunnya;
  • sesi portfolio atau fotografi anda telah berlangsung.

Sebaik sahaja mana-mana perkara di atas berlaku, tempoh menukar fikiran tidak lagi terpakai dan seksyen 2 akan terpakai sebagai gantinya.

Bayaran balik diproses ke akaun atau kad yang anda gunakan untuk membayar, dalam masa 14 hari bekerja selepas kami mengesahkannya. Sebarang caj bank atau pemproses pembayaran adalah di luar kawalan kami.

2. Selepas 7 hari, yuran tidak dikembalikan

Setelah tempoh menukar fikiran anda tamat, semua yuran pendaftaran, deposit, ansuran dan yuran program tidak dikembalikan. Ini terpakai sama ada anda kemudiannya menukar fikiran, tidak lagi berkelapangan, atau tidak dapat menghadiri intake yang anda tempah — termasuk atas sebab kerja, pelajaran, perjalanan atau hal peribadi.

Itu peraturan umumnya. Seksyen 3 hingga 6 menerangkan apa yang kami lakukan sebagai ganti, dan seksyen 7 dan 8 menerangkan keadaan di mana wang anda dikembalikan.

3. Berpindah ke intake kemudian

Jika anda tidak dapat menghadiri intake yang anda daftar, beritahu kami seawal mungkin dan kami akan cuba sedaya upaya memindahkan anda ke intake kemudian. Sebaiknya beritahu kami sekurang-kurangnya 7 hari sebelum intake anda bermula — lebih awal anda beritahu, lebih baik peluang kami menyimpan tempat anda dan menawarkan tempat kosong itu kepada orang dalam senarai menunggu.

Pemindahan bergantung kepada ruang kosong dalam intake yang anda mahu, jadi ia bukan automatik. Kami menawarkan satu pemindahan sebagai standard.

4. Jika anda tidak dapat hadir ke intake yang anda pindah

Jika anda sudah menggunakan pemindahan anda dan masih tidak dapat hadir, tempat anda dalam intake itu dilepaskan dan jumlah yang anda bayar menjadi kredit yang sah selama 12 bulan dari tarikh pembayaran asal anda.

Anda boleh menggunakan kredit itu untuk mana-mana program Evergreen Talents — program yang sama pada tarikh kemudian, atau program yang berbeza. Kredit itu tidak boleh ditunaikan sebagai wang tunai dan tidak boleh dilanjutkan melebihi 12 bulan, tetapi dalam tempoh setahun itu wang tersebut kekal milik anda.

5. Jika anda tidak hadir

Jika anda tidak hadir dan tidak memberitahu kami terlebih dahulu, tempat anda dilepaskan dan seksyen 4 terpakai — jumlah yang anda bayar menjadi kredit 12 bulan. Kami tidak dapat menjamin pemindahan seterusnya, kerana tempat yang tidak digunakan dalam intake yang kecil adalah tempat yang boleh diisi oleh orang lain.

6. Portfolio, fotografi dan bahan yang telah dihasilkan

Jika anda telah membayar untuk penerbitan portfolio, fotografi, video, comp card, bahan casting atau seumpamanya, dan kerja itu telah dijalankan atau diserahkan kepada anda, ia tidak dikembalikan — kerja telah dilakukan dan kosnya telah ditanggung.

Jika bayaran balik atau kredit sepatutnya diberikan kepada anda dan sebahagian daripada bahan ini telah dihasilkan, kami akan menolak kosnya dan memberitahu anda dengan jelas apa yang ditolak dan sebabnya. Perkara yang sama terpakai kepada sebarang kos pihak ketiga yang telah kami bayar bagi pihak anda.

7. Jika kami membatalkan atau menukar tarikh

Jika kami terpaksa membatalkan atau menukar tarikh sesuatu intake, kami akan memberitahu anda secepat mungkin dan menawarkan tempat dalam intake seterusnya, atau tarikh lain yang sesuai untuk anda.

Jika tiada satu pun daripada pilihan yang kami tawarkan sesuai untuk anda, anda boleh meminta bayaran balik penuh bagi jumlah yang telah anda bayar, dan kami akan memberikannya. Anda tidak perlu menerima tarikh yang tidak sesuai untuk anda.

8. Jika kami tidak dapat menawarkan anda tempat

Jika anda telah membayar dan kami kemudiannya memutuskan bahawa kami tidak dapat menawarkan anda tempat dalam program, kami akan mengembalikan bayaran anda sepenuhnya. Anda tidak sekali-kali rugi kerana keputusan yang kami buat.

9. Deposit dan ansuran

Jika anda membayar melalui deposit atau secara ansuran, setiap pembayaran dilayan sama seperti pembayaran tunggal di bawah polisi ini, dan tempoh menukar fikiran 7 hari anda bermula dari tarikh setiap pembayaran.

Membayar deposit mengesahkan tempat anda. Jika anda memutuskan untuk tidak meneruskan selepas tempoh menukar fikiran anda tamat, deposit itu tidak dikembalikan — tetapi seksyen 3 hingga 5 masih terpakai kepadanya, jadi ia boleh dipindahkan atau menjadi kredit.

Jika anda berhenti selepas ansuran pertama, anda tidak diwajibkan membayar baki ansuran, tetapi anda tidak boleh menyertai program sehingga yuran dibayar sepenuhnya.

10. Cara memohon pemindahan, kredit atau bayaran balik

Hubungi kami di WhatsApp 011-6117 3226 atau e-mel [email protected]. Beritahu kami nama penuh anda, program dan intake yang anda tempah, dan apa yang anda mahu lakukan. Kami akan mengesahkan keputusannya kepada anda secara bertulis.

Kami berusaha untuk membalas dalam masa 2 hari bekerja dan mengesahkan keputusan dalam masa 5 hari bekerja.

11. Keadaan luar biasa

Kami faham hidup kadangkala tidak seperti dirancang. Jika sesuatu yang serius berlaku — sakit, kematian ahli keluarga, kecemasan keluarga — berbincanglah dengan kami. Kami menilai kes seperti ini satu persatu, dan kami mempunyai budi bicara untuk melakukan lebih daripada apa yang polisi ini tetapkan. Melakukannya dalam satu kes tidak mewajibkan kami melakukan perkara yang sama dalam kes yang lain.

12. Hak anda

Tiada apa-apa dalam polisi ini yang menghapuskan hak anda di bawah undang-undang Malaysia, termasuk di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Jika polisi ini bercanggah dengan undang-undang, undang-undang yang terpakai.

13. Perubahan kepada polisi ini

Kami mungkin mengemas kini polisi ini dari semasa ke semasa. Versi yang terpakai kepada anda ialah versi yang tersiar di halaman ini pada hari anda membuat pembayaran, dan tarikh di bahagian atas halaman ini menunjukkan bila ia terakhir dikemas kini.

14. Undang-undang yang mentadbir

Polisi ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia, dan sebarang pertikaian berkaitannya tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia.

15. Hubungi kami

Untuk sebarang pertanyaan mengenai polisi ini, hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp 011-6117 3226. Alamat berdaftar kami ialah W105, West Wing, Metropolitan Square, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.

Chat with us on WhatsApp